12 March 2008.
12 March 2008.
12 March 2008.
Kedatanganmu dinanti dengan penuh debaran..
Lup,dup.Lup,dup. Lup,dup.
Melebihi debaran demam Pilihan Raya ke-12 yang melanda semua calon-calon yang bertanding..(diriku tiada kaitan)
Melebihi debaran demam Euro 2008 yang bakal tiba..(walaupun daku bukan peminat sukan bola yang disepak ke dalam gol)
Melebihi debaran rakyat China dalam menjayakan Sukan Olimpik 2008..(semoga berjaya skuad Malaysia!)
Melebihi debaran seorang pelajar perubatan yang pertama kali membedah pesakitnya.. (adakah??)
Melebihi debaran seorang pelajar yang pertama kali mendaftar di MRSM.. (diriku pernah mengalaminya. Anda?)
Melebihi debaran melihat siapakah bakal Ketua Menteri Pulau Pinang.. (tiada kaitan denganku)
Melebihi debaran melihat siapakah yang bakal menjadi calon parti Demokrat..(Obama, aku kagumi karismamu..)
Hmmm..
Pasrah sajalah.
Kedatanganmu dinanti.
InsyaAllah kita sama-sama rasai kemanisan menerima sekeping slip berlogo 'Lembaga Peperiksaan Malaysia'
Yang mempunyai abjad 'A' dan nombor '1' dalam satu baris yang tersusun.
InsyaAllah kita nantikan bersama.
Mungkin anda merasakan diriku ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada dunia ini dengan menaip perkataan demi perkataan ini.
Namun, si penaip ini berpendapat bahawa pendapat yang tidak membina tidak perlu diungkapkan.
Si penaip ini, masih banyak yang perlu dipelajari.
Terimalah beberapa keping gambar ini sebagai penyeri ruangan kali ini.
Sekian. Salam hormat dariku.
hatiku berkata "TAK MAHU! TAK MAHU!"
mengapa tak mahu?