Ramadhan kali ini?

Salam to all.

Ramadhan tahun itu,
Aku sangat bahagia,
Aku sangat ceria,
Aku sangat gembira,
Ramadhan kali ini?
InsyaAllah.

Ramadhan tahun itu,
Kita selalu berbuka bersama kan Faiz?
Sama-sama ambil nasi pukul 6 lebih,
Balik bilik rilek-rilek jap,
7 lebih pegi surau..
Ramadhan kali ini?

Ramadhan tahun itu,
Teet, teet, bunyi jam kat surau,
Yes! Dah masuk waktu!
Al-Quran disimpan di raknya kembali,
Lalu, Kurma cap DS segera dikeluarkan,
Alunan lunak Azan si Muazzin,
Membuka selera...
Tapi, kita tak makan dulu kan faiz?
Selepas kurma yang pertama, kedua dan ketiga,
Kita berkejaran ke tempat wudhu',
Dan kemudian ke saf pertama,
Maghrib keutamaan kita,
Baru makan pun senang..
Ramadhan kali ini?

Ramadhan tahun itu,
Aku bersemangat betul nak tarawih,
Terutama sekali kalau Ustaz Wan jadi Imam,
MasyaAllah, merdu sekali Ayat-ayat suci itu dibaca,
Bertambah cinta aku pada KalamNya,
Selawat yang diselang-selikan itu,
Bergema,
Aku rindu sangat!
Lapan rakaat tu tak terasa pun..
Hati tak pernah risau pasai homework yang belum siap,
Add math Analysis? PG?, ahhhhh.. aku letak jauh-jauh,
Kerana aku tahu,
Adakah ia akan tetap sama,
Ramadhan kali ini?

Ramadhan tahun itu,
Kita pernah berbuka kat luar kan korang?
Naik van, berhimpit-himpit, kita ke EE Burger,
Meja disusun panjang, menanti ketibaan cikgu-cikgu tersayang,
Cikgu baik betul, sanggup datang berbuka dengan kita sekelas,
Fiqry, kami semua aminkan doa buka puasa yang kau baca tu..
Ramadhan kali ini?

Ramadhan tahun itu,
Aku akan sentiasa ingat,
Aku akan sentiasa rindu,
Aku nak masa itu berulang lagi,
Lagi dan lagi,
Tapi, masakan Kekasih Allah Muhammad sendiri tak boleh memutar masa,
Inikan aku yang hina..

Ramadhan,
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu..


1 comments:

  1. FeeK

    amik la..
    i dont mind...
    eh selamat berpuasa n harap this year ramadhan is better than last year..

     

Post a Comment

Daily obligation