The week that was..

Salam kepada semua.

Ya, saya akui bahawa saya sudah menjadi semakin kurang rajin (bukan malas ya? kurang rajin) dalam menaip perkataan demi perkataan untuk dimuatkan dalam ruangan maya ini.

Marilah kita sama-sama lihat apa yang telah berlaku dalam hidupku pada minggu lepas:

Selasa (13 Mei) - Temujanji dengan doktor gigi. Sakit oh. Syukur tempoh menunggu tidak terlalu lama, lebih kurang 35 minit sahaja..
Rabu (14 Mei)- Erm, rasanya tiada apa-apa yang menarik. (lupa sebenarnya~)
Khamis ( 15 Mei) - Mengajar adikku Matematik. Hari Nakbah.
Jumaat (16 Mei) - Menghantar SMS hari guru kepada Cikgu Yat, Cikgu Shaza, Cikgu Aminah, Cikgu Apandi, Pak Syed, Ustazah Rasyida, Ustaz Wan, Ustaz Khoierul, Cikgu Chee (guru sekolah rendah), Cikgu Maslynda, Cikgu Hariza, Cikgu Aida, Cikgu Aishah Umarkhata, Sir Hilmi dan Sir Chong. Pulang ke Kedah. Telefon Wahida, sepupuku di MRSM Langkawi.
Sabtu (17 Mei)- Beristirahat di Kedah. Pulang semula ke Pulau Pinang pada waktu petang. Berborak dengan Cikgu Yat. (Cikgu minta teddy bear~ Adoi!)
Ahad (18 Mei) - Membeli barangan keperluan dapur di Sunshine Square. Beriadah di Taman Botanikal Pulau Pinang.
Isnin (19 Mei) - Menempah baju kurung.

Sekian.

Adakah wajar sekiranya saya beralih ke Wordpress? Ataupun cukup sekadar menukar latar belakang? Hmmmm~


1 comments:

  1. syarifah

    haaa! x wajar! huhu. nway. wheres the 3rd part? :P
    x saba nk bace, coz da lame nk pgi umrah oww.. da byk kali plan.. asyik postpon je.. huhu :(
    cerita2 . hehe =)

    erm. asnwering back ur quests.. (soorry late.. in the mid of exam) huhu
    yes. sure . call me noor. i wud love too! be d first! hehe :P
    yes. account optional. my mum urged me ! huhu. coz she said all my elder siss, tok acc as backup in case they cant go along with bio. huhu. but i think i can.. since its my passion! heh . doa2 ! :D

     

Post a Comment

Daily obligation